PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ulum adalah
sebuah sekolah kebangsaan luar bandar yang terletak di Zon Benut dalam Daerah
Pontian. Sekolah ini terletak di Kampung Parit Marjunit, Benut yang jauhnya
dari Bandar Pontian kira-kira 25 kilometer.
SEJARAH
PENUBUHANNYA
Sekolah
ini didirikan pada 01.10.1950 oleh orang-orang kampung dengan belanja RM 4,200
di tapak bangunan seluas 1E 1R 27P yang dibeli dengan harga RM 1,000. Sekolah
dan rumah guru berukuran 80 kaki x 24 kaki.
Antara
pengasas penubuhan sekolah ini ialah:
- Tuan
Hj. Abd. Ghani bin Safar
- Tuan
Hj. Abd. Kadir bin Karsidin
3.
Tuan Hj. Sapari bin A. Aziz
4.
Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Anuar
5.
Tuan Hj. Supar bin Hj. Sukaiman
6.
Tuan Hj. Noor bin Maon
7.
Tuan Hj. Abdullah bin Marjunit
Pada
16.10.1951, sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar Johor,
Tuan Syed Abdul Kadir bin Muhammad.
Pada
21.10.1951, sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan dengan 2 orang guru
dan 84 orang murid.
Pada
02.10.1956, sekolah ini siap dibina semula dengan belanja RM 5,000 daripada
orang-orang kampung dan RM 5,000 peruntukan kerajaan dan telah dirasmikan oleh
En. Abdul Aziz, Pegawai Daerah Pontian. Pada masa itu sekolah telah mempunyai 5
orang guru dan 134 orang murid.
Pada
tahun 1965, Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ulum (cawangan) didirikan di tapak wakaf
Tuan Hj. Omar bin Kasnawi yang terletak di Kampung Parit Osman, Benut seluas 1E
3R 18P yang jarak jauhnya dari sekolah pusat kira-kira 5.6 kilometer tetapi
telah ditutup pada 1973 atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana
bilangan murid semakin berkurangan.
Pada tahun 1966, sekolah ini telah
menerima peruntukan kerajaan sebanyak
RM 50,000 bagi membina 6 bilik darjah dan sebuah kantin (JKR 1370) bagi
menggantikan bangunan lama yang telah uzur.
Pada
tahun 1966, sekolah telah menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM 20,000 bagi membina 3 bilik
darjah tambahan (JKR 1410) bagi menampung pertambahan murid.
Pada
26.03.1974, pendaftaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah
diluluskan penubuhannya.
Pada
20.04.1997, bangunan sekolah yang ada telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar
Johor, Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Saat. Turut hadir dalam perasmian tersebut
ialah Pengarah Pelajaran Johor, Dato’ Idris bin Ta’in.
Pada
27.12.1983, sekolah telah mendapat bekalan elektrik dengan belanja sebanyak RM 15,000.
Pada 14.05.1984, sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 5,000 bagi
menyediakan bekalan air paip.
Pada
30.03.1991, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 50,000 bagi membina 4 bilik
darjah secara bergotong-royong.
Pada
21.11.1991, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 32,000 bagi membina
bangunan 7 unit bilik air guru dan murid.
Pada
tahun 1992, sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah dalam daerah Pontian
yang dipilih memulakan kelas pra sekolah.
Pada
tahun 1992, sekolah telah mendapat peruntukan bagi membina satu blok bangunan 2
tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 bilik kemahiran hidup dan telah siap
dibina pada tahun 1995.
Pada tahun 2001, sekolah mendapat
peruntukan sebanyak RM 120,000 bagi membina makmal komputer beserta 20 buah
komputer. Bangunan tersebut siap pada pertengahan bulan Mac 2002.
SEJARAH
NAMA SEKOLAH
Nama sekolah ini adalah Sekolah
Kebangsaan Seri Al-Ulum yang mana nama tersebut diambil daripada bahasa Arab
iaitu ”Ulum” bermakna gedung ilmu.